Insiden Sri Lanka rungkaikan muafakat Islam-Kristian

 Tragedi serangan pada hari sambutan Easter di Sri Lanka.
Tragedi serangan pada hari sambutan Easter di Sri Lanka.
A
A
A

WALAUPUN mereka mungkin dinasihati agar tidak berbuat demikian namun tragedi serangan pada hari sambutan Easter di Sri Lanka, baru-baru ini tidak menghalang sebuah kumpulan Islam untuk mengunjungi Gereja St. Joseph’s di Sentul, Kuala Lumpur.

Global Unity Network, sebuah kumpulan Islam yang disertai golongan profesional dan pelajar, menghadiri acara gereja disusuli dialog dengan paderi kariah Reverend George Packiasamy.

Sehubungan itu pada 27 April lepas, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dengan kerjasama Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Penganut Antara Agama (JKMPKA) menganjurkan program #SalamSriLanka.

Beberapa menteri Kabinet dan rakyat Malaysia hadir di luar pekarangan Gereja St Mary, Jalan Raja, menyatakan sokongan solidariti untuk Sri Lanka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, semua warga Malaysia harus bersatu menyatakan pendirian menentang keganasan.

“Keganasan tidak mempunyai agama. Oleh itu marilah kita bersatu. Salam Sri Lanka. Kami bersama anda,” katanya.

Inilah usaha kerajaan dalam inisiatif dialog antara agama. Pihak keselamatan Sri Lanka telah mengenal pasti identiti pelaku pengeboman bunuh diri dalam rangkaian letupan di negara tersebut.

Dua daripada tujuh pengebom bunuh diri di Sri Lanka adalah anak kepada peniaga rempah yang kaya.

Adik-beradik, Ilham dan Inshaf Ibrahim berusia lewat 20-an itu dilaporkan meletupkan diri mereka ketika para tetamu sedang beratur untuk sarapan di Hotel Shangri-La dan Cinnamon di ibu negara.

Artikel Berkaitan:

Maklumat lain menyebut bahawa kedua beradik itu merupakan anggota organisasi National Thowheeth Jamaath (NTJ) sebagai pihak yang bertanggungjawab atas rangkaian serangan bom yang membunuh lebih daripada 300 orang itu.

Bahkan NTJ dikatakan ada kaitan antarabangsa dengan Islamic States (ISIS).

Jika benar dan dakwaan bahawa ISIS bertanggungjawab kepada pengeboman ini, teringat tentang pergerakan ISIS di Iraq dan Syria. Banyak kajian dan penulisan yang mendakwa bahawa al-Qaeda, kumpulan Daesh dam ISIS adalah ciptaan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Mereka jugalah yang melahirkan Osama Laden.

Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Makian Freeman (5 April 2016) bertajuk ISIS is a UN-Israel Creation. Top Ten indications dimuatkan dalam laman sesawang GlobalResearch.

Dalam petunjuk pertama dikatakan: ISIS Foreknowledge via Leaked DIA Doc.

Agensi Perisikan Pertahanan (DIA) adalah satu daripada agensi perisikan ketenteraan AS. Menurut dokumen yang dibocorkan, diperoleh daripada Judicial Watch, DIA menulis pada 12 Ogos 2012 bahawa: Terdapat kemungkinan untuk menubuhkan suatu daerah Salafi di timur Syria (Hasakan dan Der Zor) dan inilah yang dikehendaki kuasa-kuasa yang menyokong pihak pembangkang dalam usaha mengasingkan rejim Syria.

Bayangkan perancangan ini ditulis sebelum ISIS hadir di pentas antarabangsa.

Adalah dirasakan perkara ini yang tidak disukai pelampau agama kedua pihak, Islam dan Kristian. Solidariti Islam-Kristian yang dapat diterjemahkan sebagai misi damai dalam mengelakkan keganasan.

Sikap yang ditunjukkan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bersatu dalam meratapi kesedihan adalah amalan terpuji bagi masyarakat Kristian di New Zealand.

Oleh itu pembunuhan beramai-ramai di Sri Lanka tersebut adalah serangan terancang bagi menggagalkan usaha murni Islam-Kristian di bumi Palestin dan organisasi seperti Boycott, Divestment and Sanction (BDS) yang keras menentang penaklukan Israel ke atas bumi Palestin.

Ia juga sebagai usaha menghancurkan muafakat yang dibina di New Zealand dalam insiden di Christchurch, malah di Malaysia sekalipun!

Inilah hubungan insiden di Colombo, Sri Lanka dan Christchurch, New Zealand, pelampau agama yang berasa benci melihat keakraban hubungan damai Islam-Kristian di sana.

* Ismail Hashim Yahaya ialah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor