Sentiasa imarah masjid: Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar umat Islam di negeri ini sentiasa mengimarahkan masjid dengan sebaiknya sepanjang Ramadan ini.

Titah baginda dikeluarkan Pejabat Diraja Selangor melalui laman Facebook hari ini.

Dalam pada itu, baginda bersama Tengku Permaisuri Norashikin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1440H dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh rakyat Selangor khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.

“Beta berharap sekalian rakyat memanfaatkan program-program agama yang dianjurkan.

"Semoga Ramadan kali ini membawa seribu satu hikmah dan pengertian buat seluruh umat Islam,” titah baginda.

Artikel Berkaitan: