Arus deras selamatkan lelaki cuba bunuh diri

Seorang lelaki terselamat selepas terjun dari Jambatan Pulau Carey, Kuala Langat kerana dipercayai cuba bunuh diri, semalam.
Seorang lelaki terselamat selepas terjun dari Jambatan Pulau Carey, Kuala Langat kerana dipercayai cuba bunuh diri, semalam.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang lelaki dipercayai cuba bunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Carey, di sini, kerana kecewa dalam percintaan.

Namun, tindakan lelaki berusia 28 tahun itu tidak kesampaian apabila dia dihanyutkan arus deras hingga ke kawasan tebing sungai setelah terjun dari jambatan itu sebelum diselamatkan sepasukan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang.

Ketua Balai BBP Telok Panglima Garang, Mohd Hafizie Hassan berkata, seramai enam anggotanya dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.48 petang.

"Ketika tiba di lokasi, dapati seorang lelaki terdampar di tebing sungai selepas dihanyutkan arus deras selepas terjun dari jambatan tersebut.

"Disebabkan arus deras ketika itu, lelaki terbabit telah dihanyutkan ke tebing sungai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Hafizie berkata, dengan menaiki sebuah bot, anggotanya dengan bantuan nelayan tempatan menuju ke tebing berkenaan bagi menyelamat mangsa.

Katanya, berlaku sedikit kesukaran untuk menaikkan mangsa ke atas bot berikutan tebing sungai dipenuhi dengan lumpur.

"Mangsa telah diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: