Proton bertukar dokumen untuk dua perjanjian di Beijing

Pertukaran dokumen antara Proton dan Al-Haj Automotive adalah bagi perjanjian pelesenan dan teknikal berkaitan dengan kilang pemasangan pengeluar kereta nasional itu di Pakistan
Dr Mahathir (dua, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen antara Proton Holdings Berhad dan rakan kongsi dari Pakistan dan China.
Pertukaran dokumen antara Proton dan Al-Haj Automotive adalah bagi perjanjian pelesenan dan teknikal berkaitan dengan kilang pemasangan pengeluar kereta nasional itu di Pakistan Dr Mahathir (dua, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen antara Proton Holdings Berhad dan rakan kongsi dari Pakistan dan China.
A
A
A

PENGELUAR kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) bertukar dokumen perjanjian di Beijing bersama dua rakan kongsi dari Pakistan dan China untuk membantu merancakkan pelan pengembangan masa depan syarikat itu.

Pertukaran dokumen yang pertama ialah Perjanjian Perlesenan dan Bantuan Teknikal dengan ALHAJ Automobile (ALHAJ) bagi membina sebuah kilang pembuatan kereta Proton di Karachi untuk pasaran Pakistan.

Manakala pertukaran yang kedua merupakan kemudahan perbankan yang ditawarkan oleh China Construction Bank (CCB) yang bernilai RM1.88 bilion.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sempat meluangkan sedikit masa daripada jadual padatnya untuk menyaksikan pertukaran dokumen antara pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad dan rakan kongsinya dari Pakistan dan China.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, syarikat itu berharap dapat mengembangkan operasi antarabangsanya dan Pakistan dengan kadar penggunaan kereta yang masih rendah akan menjadi pasaran yang baik.

“Pertukaran dokumen antara Proton dan rakan niaga kami, ALHAJ dan CCB adalah langkah penting dalam usaha syarikat untuk mencapai matlamat jangka panjangnya. “Kilang pemasangan pertama Proton di Pakistan itu akan terletak di Islamabad yang akan memasang kereta Proton unit terurai untuk dipasang (CKD) bagi pasaran negara tersebut,” katanya.

Proton mengumumkan hasratnya untuk membuka kilang pemasangan di Pakistan semasa lawatan Perdana Menteri ke negara Asia selatan itu pada Mac lalu, yang juga menyaksikan upacara pecah tanah kilang tersebut bersama rakan sejawatannya dari Pakistan, Imran Khan.

Artikel Berkaitan: