Waktu operasi UTC Pahang diubah sepanjang Ramadan

Norkamawati Kamal
Norkamawati Kamal
A
A
A

KUANTAN - Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang akan beroperasi pada jam 8 pagi hingga 4.30 petang setiap hari sepanjang Ramadan bermula hari ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, orang ramai yang ingin berurusan diminta peka dengan perubahan waktu operasi ditetapkan.

Menurutnya, namun segala urusan pembayaran di kaunter adalah dari jam 8 pagi hingga 4 petang sahaja bagi memudahkan proses pelarasan akaun.

"Kebiasaannya, waktu operasi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang (setiap hari), tetapi bagi menghormati bulan Ramadan, ia diubah dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang sahaja.

"Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat di talian 09-5121555 atau melayari laman sesawang MPK, www.mpk.gov.my," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi perkhidmatan dan bayaran di kaunter ibu pejabat MPK, orang awam boleh berurusan bermula dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

Bagaimanapun, kaunter MPK di Gambang, Gebeng, Pak Mahat, Terminal Sentral Kuantan (TSK) dan Pasar Besar Kuantan bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

"Pondok letak kereta pula beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang," katanya.

Artikel Berkaitan: