Bank Islam bantu pelaksanaan teknologi hijau

Dari kiri: Mohd Muazzam, Ahmad Haliman, Omar Khalid dan Hamidon pada majlis menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dari kiri: Mohd Muazzam, Ahmad Haliman, Omar Khalid dan Hamidon pada majlis menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A
A
BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan dengan TiME Marine Services Sdn Bhd, untuk membiayai sebahagian daripada projek teknologi hijaunya, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Projek teknologi hijau itu dikenali sebagai ‘Pemulihan Hidrokarbon Dalam Pesisir dari Enap Cemar’ untuk Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, kemudahan pembiayaan dapat memberi khidmat kepada ekonomi sebenar yang mewakili salah satu inisiatif pengantaraan berasaskan nilai.

"Ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyokong perkembangan dan pelaksanaan penyelesaian teknologi hijau di negara ini.

"Kami berbesar hati memberikan pembiayaan ini yang dapat menyokong penyelesaian beretika dan mesra alam kepada industri petroleum,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Perbankan Komersil Bank Islam, Ahmad Haliman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif TiME Marine Services, Omar Khalid, Pengarah Eksekutif TiME Marine Services, Hamidon Md Khayon.

Cabaran Teknologi Petronas adalah inisiatif sumber awam (crowdsourcing) teknologi yang mana bertujuan untuk mencari penyelesaian yang inovatif untuk mengatasi masalah operasi Petronas.

TiME Marine Services Sdn Bhd mencadangkan penyelesaian yang terdiri daripada bahan kimia boleh urai (biodegradable) dan teknologi mekanikal berkesan yang dapat memulihkan hidrokarbon, air dan lain-lain pepejal dari enap cemar berminyak.

Penyelesaian yang dicadangkan juga akan melihat pengurangan kos dan meminimumkan pelupusan asal kepada badan pengurusan sisa pihak ketiga.
Artikel Berkaitan:


TiME Marine Services, sebuah syarikat pelbagai perkhidmatan untuk industri minyak dan gas, juga pemenang Cabaran Teknologi Petronas ketiga yang diumumkan September tahun lepas.

Bank Islam merupakan salah satu rakan pembiayaan Petronas dalam Program Pembiayaan Vendor syarikat nasional dan gas, yang bertujuan untuk menyediakan akses kemudahan pembiayaan projek kepada sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas.

Sejak kerjasama bermula pada 2018, Bank Islam telah meluluskan lebih dari 180 juta kemudahan perbankan kepada 45 vendor.