Empat maut serangan Taliban di Aghanistan

Serangan bermula dengan letupan kuat di sebuah balai polis di bandar Pul-i-Khumri, kira-kira 250 kilometer utara Kabul.- Foto GNN
Serangan bermula dengan letupan kuat di sebuah balai polis di bandar Pul-i-Khumri, kira-kira 250 kilometer utara Kabul.- Foto GNN
A
A
A

KUNDUZ - AFGHANISTAN. Seorang pengebom berani mati dan beberapa penyerang bersenjata dilaporkan menyerang sebuah ibu pejabat polis di utara Afghanistan hari ini, membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan 40 yang lain.

Serangan bermula dengan letupan kuat di sebuah balai polis di bandar Pul-i-Khumri, kira-kira 250 kilometer utara Kabul.

Menurut jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, letupan diikuti serangan oleh penyerang bersenjata yang menyerbu halaman balai.

Dalam muat naik di laman Twitter, Zabihullah berkata, seorang pengebom berani mati meletupkan bom dalam sebuah kenderaan dan letupan meratakan sebahagian bangunan terbabit.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, dua pengganas ditembak mati dalam serangan terbabit manakala penyerang yang lain dikepung oleh tentera Afghanistan.

Serangan berlaku dua hari selepas Presiden Ashraf Ghani menawarkan pelan gencatan senjata kepada Taliban menjelang bulan Ramadan yang bakal bermula esok.

Puak pemberontak bagaimanapun menolak gencatan senjata terbabit.- AFP

Artikel Berkaitan: