Hanez Suraya rindu berlakon

Hanez Suraya. - FOTO: AQO IMRAN
Hanez Suraya. - FOTO: AQO IMRAN
A
A
A

SELEPAS mendirikan rumah tangga dan kini bergelar ibu, pelakon Hanez Suraya mengakui terikat dengan banyak komitmen untuk keluarga membuatkan dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan.

Apatah lagi dalam masa yang sama, Hanez atau nama lengkapnya Hanez Suraya Abd Aziz, 34, sibuk menguruskan perniagaan fesyen dan tudung yang diusahakan lebih empat tahun lalu.

Terbaharu, pelakon Love You Mr. Arrogant ini, mengorak langkah menambah cabang perniagaannya, dengan melancarkan produk kosmetik Liptint, Cake Pop.

Menurut Hanez lagi, dia cukup berterima kasih kepada suami yang sentiasa memberi sokongan dan memahami minatnya dalam bidang perniagaan.

“Pada awal-awal dulu, dia tidak campur tangan sangat dengan perniagaan yang saya uruskan, sebaliknya memberi peluang kepada saya untuk berusaha sendiri sekali gus melihat kesungguhan saya.

“Apabila saya berjaya buat semuanya sendiri dan membuktikan yang saya tak main-main, barulah dia memberi sokongan sepenuhnya.

No Image Caption

“Sebenarnya bukan mudah untuk saya dapatkan keyakinan daripada dia. Walaupun dia suami saya, tetapi apabila melibatkan hal perniagaan, dia seorang yang serius dan profesional,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Hanez tidak menafikan berasa rindu untuk kembali berlakon setelah lama berehat. Apatah lagi sehingga kini, dia masih mendapat tawaran berlakon daripada pihak produksi.

“Rindu nak berlakon semula, tetapi mungkin belum masanya lagi. Saya tidak menjanjikan apa-apa, tetapi terserah kepada rezeki. Mana tahu suatu hari nanti saya kembali berlakon, tetapi menerusi produksi sendiri pula.

“Bagaimanapun buat masa ini, saya sibuk menguruskan keluarga dan perniagaan yang mana kedua-duanya memerlukan komitmen yang penuh dari saya,” akui Hanez yang kini sedang hamil tujuh bulan.

Hanez berehat seketika daripada dunia lakonan selepas mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin pada 14 Mei 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Aleesya, 4, dan bakal menimang cahaya mata kedua yang dijangka lahir pada awal Julai depan.