Remaja dicabul anak kepada rakan baik ayah

Abdul Rahim Md Din (gambar kecil)
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan menjadi mangsa cabul anak kepada rakan baik ayahnya di sebuah bengkel di Chendering di sini kelmarin.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini, keluar bersama suspek berusia 20-an untuk membeli makanan kira-kira jam 1.30 pagi.

Menurut sumber, sebaik selesai membeli makanan, suspek membawa mangsa ke tempat kerjanya di sebuah bengkel kira-kira jam 2 pagi.

"Suspek terus menarik baju dan meraba mangsa sebelum remaja perempuan yang ketakutan menggigit tangan suspek sambil menangis. Suspek memujuk mangsa sebelum pulang ke rumah.

"Difahamkan, mangsa bersekolah di daerah ini sementara keluarganya di Setiu dan hubungan keluarga mereka yang rapat menyebabkan dia tinggal bersama keluarga suspek," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang keselamatan diri membuat laporan di Balai Polis Chendering semalam untuk tindakan lanjut,.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.