Pondok Haji Yaakob dihidupkan semula

Peserta Motivasi Sunnah Rasulullah bersama jawatankuasa program dan pihak pengurusan Madrasah Pondok Haji Yaakob. (Gambar kecil: Zaki)
Peserta Motivasi Sunnah Rasulullah bersama jawatankuasa program dan pihak pengurusan Madrasah Pondok Haji Yaakob. (Gambar kecil: Zaki)
A
A
A
PASIR PUTEH - Selepas lapan tahun kematian pengasasnya, Madrasah Pondok Haji Yaakob yang tersohor di Kampung Wakaf dihidupkan semula.

Yaakob Abd Rahman yang meninggal dunia pada usia 110 tahun pada 2010 meninggalkan empat anak yang kini menunjukkan komitmen tinggi menghidupkan semula pondok berkenaan.

Anak sulung Allahyarham, Datuk Zaki Yaakob berkata, beliau bersama adik-adiknya mahu meneruskan usaha bapa mereka dalam mengembangkan syiar Islam.

Menurutnya, mereka adik-beradik mengeluarkan hampir RM400,000 bagi membina surau dan bangunan penempatan pelajar dalam kawasan pondok berkenaan.

“Kami memerlukan RM150,000 lagi bagi menyediakan pelbagai kemudahan dan berharap orang ramai membantu usaha ini,” katanya ditemui semasa program Motivasi Sunnah Memanah Remaja anjuran pondok berkenaan, semalam.
Artikel Berkaitan:


Beliau yang juga pengerusi pondok berkenaan berkata, pondok itu khusus untuk golongan dewasa mendalami ilmu agama.

“Tidak ada had umur dalam kita mempelajari agama, jadi kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke pondok ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi beliau di talian 013-3517818 atau salurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 03120010008737 atas nama Madrasah Pondok Haji Yaakob.