X

Kindly register in order to view this article
!

APM tangkap ular sawa dalam stor sekolah

Anggota APM Padang Terap menunjukkan ular sawa yang ditangkap di dalam stor gas makmal di SM Sains Pokok Sena malam semalam.
A
A

POKOK SENA - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap berjaya menangkap seekor ular sawa yang menyelinap masuk ke dalam stor makmal Sekolah Menengah (SM) Sains Pokok Sena malam semalam.

Pegawai Pertahanan Awam daerah Padang Terap, Leftenan(PA) Mohd Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.23 malam daripada seorang guru sekolah berkenaan.

Menurutnya, kehadiran ular sepanjang tujuh meter itu disedari oleh pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan sekolah.

"Ketika sampai di stor gas makmal, pengawal terbabit ternampak kelibat seekor ular besar yang dipercayai mengejar seekor biawak menyelinap masuk ke dalam stor," katanya.

Menurutnya, anggota APM yang tiba di lokasi kemudiannya membuat pemeriksaan dan mendapati seekor ular sawa berada dalam stor berkenaan.

"Pasukan yang diketuai oleh Koperal (PA) Mohd Rizal Ali mengambil masa 45 minit untuk menangkap ular tersebut kerana ia berada di tempat yang sempit dan sangat agresif," katanya.

Mohd Shukri berkata, ular seberat 25 kilogram itu dibawa pulang ke pejabat APM Padang Terap sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!