Remaja Palestin maut ditembak tentera Zionis

No Image Caption
A
A
A
RAMALLAH - Seorang remaja Palestin ditembak mati semalam ketika tentera Israel melancarkan serbuan baru di Tebing Barat, kata Kementerian Kesihatan.

Mahmoud Nakhla, 17, meninggal dunia selepas ditembak di perut oleh tentera Israel berhampiran kem pelarian Jalazone di tengah Tebing Barat.

Tentera Zionis dilaporkan giat melancarkan gerakan memburu seorang warga Palestin yang membunuh dua anggotanya sehari sebelum itu.

Mereka turut menyerbu kawasan penempatan Al-Bireh di Ramallah selepas melancarkan serbuan kelmarin, dengan penduduk berkata mereka merampas kamera daripada dua bangunan. — AFP
Artikel Berkaitan: