Kerajaan bincang dengan pemborong turunkan harga ikan

Salahuddin bercakap kepada pemberita selepas program bersama AJK Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru di Johor hari ini.
Salahuddin bercakap kepada pemberita selepas program bersama AJK Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru di Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pemborong ikan melalui Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru bagi mencari jalan terbaik untuk menurunkan harga ikan dengan cara memendekkan rantaiannya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut penting kerana ia merupakan masalah utama yang menjadi rungutan rakyat selama ini.

"Kita tak boleh nak hapuskan orang tengah hari ini juga kerana ia memerlukan komitmen kedua-dua belah pihak.

"Jadi kita akan bincang dengan pemborong agar harga ikan itu berpatutan supaya mereka dapat untung, nelayan pun untung dan rakyat juga untung," katanya pada program Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru Penggal ke-20 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin turut melahirkan kebimbangan tentang kewujudan warga asing yang mengambil kesempatan hingga menyebabkan harga ikan meningkat.

"Daripada nelayan ikan akan sampai kepada peraih kemudian kepada pemborong dan peruncit.

"Di antara pemborong dengan peruncit itu pula wujud satu lagi rantaian iaitu pekerja asing," katanya.

Katanya, warga asing itu biasanya adalah mereka yang menolak tong-tong ikan di pasar.

Artikel Berkaitan:

"Mereka ini akan naikkan lagi harga, sekali gus menjadikan rantaian semakin panjang dan menyebabkan harga ikan di pasaran meningkat.

"Kita kena siasat perkara ini yang biasanya berlaku di pasar borong-pasar borong besar. Mereka ini mungkin sindiket atau persendirian," katanya.

Justeru, beliau berharap jalan keluar diperoleh menerusi pertemuan dengan pemborong ikan di Johor Bahru bagi mengatasi isu rantaian harga ikan itu.

"Sekarang pun kita sudah ada gabungan kerjasama empat kementerian bagi mengatasi isu ini.

"Jadi saya harap ada perkara positif hasil pertemuan dengan mereka hari ini," katanya.

Sementara itu, beliau tidak menolak akan mengambil tindakan tegas terhadap kapal-kapal nelayan asing yang mencerobohi perairan negara.

"Sebelum ini gabungan tiga kementerian berjaya mengatasi masalah berkenaan dan kita dapat lihat berlaku pengurangan kes pencerobohan.