Pekebun kecil minyak sawit masih ketinggalan?

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BERJALAN menuju ladang minyak sawit Abang Man di luar Kampung Jerlun, Kuala Kangsar, adalah jelas jalannya sempit dan sukar, suatu masalah besar baginya.

Satu pergerakan yang silap dan malah kereta yang kecil dan licik, katakanlah sebuah Perodua, boleh tersasar dan masuk ke semak samun di pinggir jalan, lebih-lebih lagi kalau sebuah lori -- penuh sarat dengan tandan minyak sawit.

Ini bermakna bahawa mengangkut tuaian ke gudang peraih merupakan usaha sukar bagi pekebun kecil bebas berusia 34 tahun itu.

Malah, seperti apa Abang Man, bapa kepada dua orang anak, memberitahu Pasukan Ceritalah, kos menyenggara jalan-jalan ini ditanggung oleh para peladang.

"Jentera untuk membaiki jalan perlu disewa selama 5-6 hari. Sebelum ini, kos sewa adalah R380 sehari. Kini ia meningkat ke RM400."

Ini membawa kepada RM2,000 -- suatu yang ia rasakan seharusnya kerajaan yang melakukannya.

Lagipun, menurut Abang Man, orang tengah menyedut keuntungan pekebun kecil. Lesen diperlukan untuk menjual buah itu terus ke kilang.

Tetapi untuk layak memperolehi lesen itu, seorang pemohon kelihatannya perlu memiliki kira-kira 400 ekar ladang minyak sawit. Ini adalah untuk memastikan tuaian yang berterusan --- tetapi ia merupakan sesuatu yang pekebun kecil dapati sukar untuk memberi jaminan.

Artikel Berkaitan:

Apabila ditanya mengenai ancaman boikot Eropah terhadap minyak sawit, respons Abang Man suatu yang menarik. Beliau tidak menyalahkan pihak Eropah. Sebaliknya Abang Man mengkritik cadangan kerajaan untuk melaksanakan piawian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO).

"Tidak ada cara bagi pekebun kecil boleh mengharap dapat mematuhi kekangan seumpama itu. Setiap buah perlu diperiksa setiap satu. Akhirnya, sebahagian besar buah itu ditolak dan tidak boleh dijual kepada peraih."

Bagaimanapun, kos harian ladang adalah yang paling kuat menghentamnya.

Sekampit baja (25kg) kini berharga RM46, meningkat dari RM39 setahun lalu dan seekar memerlukan 10 kampit yang perlu digunakan empat kali setahun. Ini membawa kepada jumlah perbelanjaan sebanyak RM16,560 pada baja saja.

Kos racun rumpai juga telah meningkat kira-kira 13 peratus, meningkat RM11/liter. Abang Man menggunakan 144 liter racun rumpai dua kali setahun, menjadikan RM3,168.

Abang Man menggunakan pekerja asing untuk membaja dan meracun rumpai, dengan setiap kali membelanjakan masing-masing RM900 dan RM3,800.

Puratanya Abang Man membelanjakan sekitar RM2,600 pada penyenggaraan ladang setiap bulan.

Kos-kos seperti ini meletakkan Abang Man pada kedudukan sempit dari segi kewangan. Dengan harga tandan sawit segar jatuh dari RM420 setan ke RM315 setan, dia berasa tekanan dari dua sisi: kejatuhan pendapatan dan kenaikan kos.

Abang Man sebelum ini telah memperuntukkan RM2,500 untuk perbelanjaan bulanan isi rumah. Kini, ia telah naik ke RM2,700.

Pada harga semasa, dia membawa pulang maksimum RM4,000 sebulan.

RM4,000-RM2,700-RM2,600 = defisit RM1,300. Ini tidak termasuk penyenggaraan jalan. Defisit.

Abang Man berkata, harga minimum RM350 setan masih boleh ditanggung, tetapi pada tahap ini, keuntungan hanya berjumlah RM1,000 sebulan.

Untuk menyara hidup, Abang Man melakukan dua kerja sebagai pemandu lori buah sawit.

"Jika saya bergantung hanya pada minyak sawit, keluarga saya tidak akan dapat melangsungkan kehidupan.

Apabila ditanya apakah yang patut kerajaan lakukan, Abang Man gelak.

"Kami sepatutnya mendapat subsidi seperti mana semua peladang lain dan harga ini patut dilaksanakan. Mereka perlu melindungi hak-hak peladang."

"Saya tidak hanya rasa beban ini lagi. Saya hidup dengan beban."

Dalam siri ini - Malaysia Kini dan Dulu - Karim dan Pasukan Ceritalah bertemu rakyat Malaysia biasa untuk bertanya mereka bagaimana keadaan telah berubah sejak dua belas bulan lalu.