Tiga beranak dikebumi satu liang lahad

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan. (Gambar kecil: Nasrul (kiri) dan Hasliza)
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan. (Gambar kecil: Nasrul (kiri) dan Hasliza)
A
A
A

JERTIH - Tiga daripada empat beranak yang maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Lumpur- Kota Bharu dekat Simpang Sungai Ruan, Raub, Pahang awal pagi kelmarin dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Denger, dekat sini jam 2 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Nasrul Fakhri, anak dan isteri dikebumi berasingan

Jenazah Hartini Moktar, 37, bersama dua anaknya, Nur Faqihah Nasrul Fakhri, 4, dan Nur Fateen Sufi, 6 bulan, dikebumikan selepas solat jenazah di rumah nenek Hartini di Kampung Tok Has sebaik tiba dengan van jenazah dari Hospital Raub.

Sementara jenazah suami Hartini, Nasrul Fakhri Mansor, 38, dikebumikan berasingan perkampungan ibunya di Kampung Batu Balai, Kuala Krai, Kelantan sebelum itu.

Menurut ibu Hartini, Zaimah Jusoh, 59, jenazah empat beranak itu dibawa pulang selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Raub petang semalam.

“Semua jenazah dibawa pulang guna tiga van jenazah. Singgah di Kuala Balai untuk pengkebumian Nasrul Fakhri di situ.

Jenazah Hartini dan dua anaknya disemadi dalam satu liang lahad awal pagi tadi di Kampung Denger.
Jenazah Hartini dan dua anaknya disemadi dalam satu liang lahad awal pagi tadi di Kampung Denger.

“Selesai pengebumian Nasrul Fakhri, van jenazah kemudian meneruskan perjalanan membawa pulang jenazah Hartini dan dua anaknya sebelum tiba di Kampung Tok Has kira-kira 1.30 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kejadian kira-kira 2.45 pagi itu turut menyebabkan dua lagi anak pasangan itu, Nur Fathiyah, 8 dan abangnya, Muhammad Haziq, 10, cedera parah.

Nur Fathiyah kini masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Kuala Lipis manakala abangnya yang patah tangan kanan dibenarkan pulang namun mendapat rawatan susulan di Hospital Jertih.

Tragedi berdarah itu yang membabitkan Perodua Kancil dinaiki enam beranak itu dengan kereta Perodua Myvi yang turut mengorbankan dua penumpang kereta Myvi, Hasliza Arini Muhammad @Hamid, 34 dan anaknya, Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syarli,2 dari Tumpat, Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajal menjelang Ramadan