Nilai integriti, tadbir urus kerajaan PH ‘not bad’

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pencapaian positif kerajaan PH menerajui negara bagi tempoh setahun ini boleh dilihat melalui tadbir urus negara yang baik serta penerapan nilai integriti yang mantap.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, kerajaan PH dilihat komited melaksanakan tanggungjawab mengurus negara dan memerangi gejala rasuah walaupun baharu sahaja menggalas tugas selama setahun.

“Dari segi tadbir urus dan tahap integriti yang dilaksanakan kerajaan PH kalau dibandingkan dengan kerajaan terdahulu, bagi saya ‘not bad’.

“Kerajaan terdahulu telah memerintah negara selama lebih 60 tahun, tapi PH dalam masa setahun sudah mampu melaksanakan tadbir urus yang baik dan tahap integritinya juga lebih mantap dengan beberapa pendakwaan terhadap kes-kes rasuah dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada masa sama, beliau berpendapat pendakwaan kes-kes rasuah tidak seharusnya difokuskan kepada pemimpin politik sahaja supaya rakyat terus menghormati kredibiti kerajaan har ini.

“Membawa kes-kes rasuah ke muka pengadilan boleh juga dilihat sebagai kejayaan kerajaan hari ini, namun bagi saya perlaksanaan ini perlu lebih meluas.

“Maksudnya pendakwaan tidak hanya melibatkan ahli politik semata-mata tapi kepada semua pihak yang terlibat dengan kegiatan tidak sihat itu. Dengan menyelesikan isu-isu ini, InsyaALLAH Malaysia akan berada di landasan yang betul untuk lebih maju,” katanya.

Selain itu, Rusdi berkata, adalah tidak adil buat kerajaan hari ini diberi kritikan kerana gagal menunaikan semua janjinya dalam tempoh setahun.

Artikel Berkaitan:

“Kalau kita mahu kerajaan melunaskan keseluruhan janji-janji dalam manifestonya dalam tempoh sesingkat ini, bagi saya itu mustahil. Kerajaan perlu diberikan masa dalam tempoh sepenggal ini, kalau masih gagal keputusan seterusnya terserah kepada rakyat.

“Tapi pada masa sama, kita boleh lihat kerajaan hari ini juga telah melaksanakan beberapa langkah-langkah dan inisiatif dengan giat secara berperingkat bagi memastikan rakyat dan negara menerima manfaatnya,” katanya.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
Kerajaan PH

Wibawa Parlimen dikembalikan

No Image Caption
Kerajaan PH

Debat undang-undang, Perlembagaan semakin rancak