Muhyiddin lawat Mohd Azis di hospital

Muhyiddin (kanan) meluangkan masa melawat Mohd Azis hari ini yang masih dirawat di hospital selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya 24 April lalu. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
Muhyiddin (kanan) meluangkan masa melawat Mohd Azis hari ini yang masih dirawat di hospital selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya 24 April lalu. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
A
A
A

KOTA KINABALU - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat timbalannya, Datuk Mohd Azis Jamman yang masih dalam rawatan di Hospital Gleneagles di sini hari ini selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya 24 April lalu.

Muhyiddin melawat Mohd Azis selepas selesai majlis menyerahkan surat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi 25 bahagian Bersatu Sabah di bilik ketibaan VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Presiden Bersatu itu menyerahkan surat kelulusan ROS tersebut kepada Ketua Penyelaras Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Muhyiddin menyerahkan surat kelulusan ROS bagi 25 bahagian Bersatu Sabah kepada Ketua Penyelarasnya, Datuk Seri Hajiji Noor di bilik ketibaan VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin

Mohd Azis cedera dalam kemalangan ketika perjalanan ke Ranau bersama konvoi bermotosikal program Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Berdasarkan kenyataan media dikeluarkan Pejabat Timbalan Menteri Dalam Negeri, kemalangan dilaporkan berlaku berhampiran Pekan Nabalu di Jalan Tamparuli-Ranau kira-kira jam 10 pagi.

Artikel Berkaitan: