Bayi 14 bulan, ibu sarat mengandung dibunuh Zionis

Bayi Palestin, Saba Abu Arar jadi mangsa terbaru kekejaman Zionis.
Bayi Palestin, Saba Abu Arar jadi mangsa terbaru kekejaman Zionis.
A
A
A

GAZA CITY-SEMENANJUNG GAZA. Seorang bayi Palestin berusia 14 bulan dan ibunya yang sarat mengandung terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Saba Abu Arar dan ibunya Falastin Abu Arar, 37, mengalami kecederaan parah dalam serangan itu.

Tambah kementerian itu, kakak Saba yang identitinya masih belum diketahui turut cedera namun dilaporkan selamat.

Ketegangan di Genting Gaza memuncak selepas tentera Israel menembak mati empat penduduk Palestin yang menyertai protes besar-beasaran di sempadan Gaza-Israel, kelmarin.

Tentera Israel turut mencederakan 116 penunjuk perasaan termasuk 39 kanak-kanak dan empat wanita.

Susulan itu, pejuang Gaza membedil 250 roket ke arah Israel sebagai membalas serangan rejim Tel Aviv. - Maan News

Artikel Berkaitan: