Polis panggil penganjur himpunan dalam masa terdekat

Kira-kira 3,000 peserta menyertai Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di ibu negara semalam. - FOTO ZAHID IZZANI
Kira-kira 3,000 peserta menyertai Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di ibu negara semalam. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil pihak penganjur Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, ini kerana penganjur himpunan tidak menyertakan bersama notis kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tujuan itu.

"Jadi, notis yang dikemukakan kepada kita (polis) adalah tidak lengkap.

ARTIKEL BERKAITAN: Ribuan sertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam

"Polis akan panggil penganjur terbabit dalam masa terdekat untuk bantu siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Peserta himpunan bergerak menuju ke pusat membeli-belah Sogo yang menjadi lokasi himpunan semalam. - FOTO ZAHID IZZANI
Peserta himpunan bergerak menuju ke pusat membeli-belah Sogo yang menjadi lokasi himpunan semalam. - FOTO ZAHID IZZANI

Terdahulu, kira-kira 3,000 individu menyertai himpunan tersebut di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, semalam.

Perhimpunan yang bermula jam 2 petang dan berakhir jam 3.30 petang itu disertai oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Peguambela yang mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, Mohd Kamaruzaman A Wahab itu berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal.

Seramai 600 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk memantau dan mengawasi himpunan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Himpunan itu bertujuan membantah ancaman terhadap kedaulatan Islam di negara ini, termasuk beberapa isu yang cuba menggugat kedudukan Islam dan Perlembagaan antaranya Statut Rom, kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, isu pendidikan dan desakan pemecatan Peguam Negara, Tommy Thomas.