Pembaharuan PH adalah suara rakyat, kata penganalisis

Prof Dr Faridah Hassan
Prof Dr Faridah Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Pembaharuan positif yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) adalah kehendak rakyat yang mahukan perubahan dalam hala tuju negara.

Penganalisis Ekonomi, Prof Dr Faridah Hassan berkata, PH dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana rakyat mahu melihat satu perubahan dari segi ekonomi, dasar, polisi dan budaya pentadbiran yang lebih baik.

Menurutnya, kritikan dan kekurangan populariti adalah kebiasaan apabila dengan tidak disangka pihak lawan menjadi pemerintah.

“Apa yang dilihat dari sudut positif itu apabila kerajaan PH yang dipilih rakyat terus menjalankan pelan negara berdasarkan maklum balas rakyat.

“Bukan mudah untuk mencapai pusingan 180 darjah dalam jangka masa setahun kesemuanya perlu mengambil masa sebelum melaksanakan dasar dan polisi terkini,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Faridah berkata, sudah pasti membuat perkara yang baik adalah lebih sukar daripada membuat perkara yang salah kerana banyak dugaan.

Jelasnya, menyebarkan perkara yang negatif lebih mudah daripada memupuk dan menggalakkan maklumat yang positif dalam kalangan kepimpinan Malaysia baharu.

“Dengan pemerintahan baharu ini juga mereka terpaksa berdepan dengan rakyat yang suka melatah dan mudah percaya maklumat negatif tanpa bukti yang kukuh.

Artikel Berkaitan:

“Selalunya maklumat ini tersebar lebih cepat daripada maklumat sebenar dan kerosakan sukar untuk dipulih sehingga menjejaskan nama baik negara,” katanya.

Beliau berkata, apa yang diusahakan oleh PH adalah baik termasuklah usaha pemimpin yang bukan sahaja mahu mencapai populariti tetapi menegakkan kebenaran.

Katanya, populariti itu akan datang secara semulajadi sekiranya PH terus memegang amanah dan janji yang diberikan.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
Kerajaan PH

Wibawa Parlimen dikembalikan

No Image Caption
Kerajaan PH

Debat undang-undang, Perlembagaan semakin rancak