30 tan abu al-Quran dilupuskan

Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas dan Komunikasi Korporat Karangkraf, Hashim Anang turut sama melepaskan abu al-Quran ke dalam laut di Pulau Angsa semalam.
Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas dan Komunikasi Korporat Karangkraf, Hashim Anang turut sama melepaskan abu al-Quran ke dalam laut di Pulau Angsa semalam.
A
A
A

KLANG - Sebanyak 30 tan abu al-Quran yang dibakar sebelum ini dihanyutkan di perairan berhampiran Pulau Angsa di sini hari ini.

Menggunakan kapal pengangkut PT2 milik Pasukan Polis Marin (PPM), KPD Setia, seramai 43 kakitangan Kumpulan Media Karangkraf dan anggota polis marin terlibat dalam operasi tersebut.

Lokasi pelupusan abu itu kira-kira kira-kira 10 batu nautika dari Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang di sini.

Sebaik tiba di lokasi ditetapkan 45 minit kemudian, petugas mula melepaskan 30 tan abu al-Quran ke dalam laut dan proses tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit.

Eksekutif Perhubungan Awam Komunikasi Korporat Kumpulan Media Karangkraf, Kesumawati Kamarudin berkata, operasi melupuskan abu al-Quran itu mengikut syariat Islam dan telah dirujuk agamawan sebelum ini.

“Proses pembakaran dibuat secara berperingkat. Semalam (kelmarin) kami memunggah 30 tan abu al-Quran ke dalam kapal ini. Prosesnya agak lama, hanya selesai pada jam 6 petang.

Gambar kenangan di atas KD Setia selepas semuanya selesai.
Gambar kenangan di atas KD Setia selepas semuanya selesai.

"Hari ini (semalam), kami bertolak dari jeti polis marin seawal jam 9 pagi. Selepas tiba berhampiran Pulau Angsa, kami dibantu anggota polis marin melepaskan abu ke dalam laut.

Artikel Berkaitan:

“Operasi selesai tidak sampai dua jam. Ini kali pertama dalam tahun ini Kumpulan Media Karangkraf melupuskan abu al-Quran,” katanya.

Tambah Kesumawati, program pelupusan abu al-Quran yang selesai semalam merupakan kerjasama pertama kali melibatkan Kumpulan Media Karangkraf dan polis marin.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Kakitangan Karangkraf sibuk mengangkat guni berisi abu al-Quran sebelum ia dilepaskan ke dalam lautan.
Kakitangan Karangkraf sibuk mengangkat guni berisi abu al-Quran sebelum ia dilepaskan ke dalam lautan.

Kumpulan Media Karangkraf menerusi Unit Pelupusan Ultimate Print Sdn Bhd membakar al-Quran menggunakan teknologi insinerator sejak tahun 2017.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairudin Jamal berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan Kumpulan Media Karangkraf dalam program akan datang.

“Kita sediakan sebuah kapal pengangkut yang boleh membawa muatan 100 tan untuk proses ini dengan kekuatan dua pegawai dan 16 orang anggota

“Pihak kami sentiasa memberikan kerjasama kepada Kumpulan Media Karangkraf untuk melaksanakan apa juga program pada masa kini dan masa akan datang,” katanya.

Kapal pengangkut PT2 milik polis marin, KPD Setia yang digunakan dalam operasi melupuskan abu al-Quran berhampiran perairan Pulau Angsa, Klang.
Kapal pengangkut PT2 milik polis marin, KPD Setia yang digunakan dalam operasi melupuskan abu al-Quran berhampiran perairan Pulau Angsa, Klang.