Cabaran Malaysia pada Kejohanan Skuasy Individu Asia berakhir

S. Sivasangari
S. Sivasangari
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cabaran Malaysia pada Kejohanan Skuasy Individu Asia ke-20 berakhir selepas ketiga-tiga pemain tewas pada lawan masing-masing pada aksi separuh akhir di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Nasional, di Bukit Jalil, hari ini.

Juara bertahan kebangsaan, S. Sivasangari yang mengejutkan pilihan ketiga, Joey Chan Ho Ling dari Hong Kong semalam, gagal mengekalkan rentak kemenangan selepas tumpas kepada peain utama India, Joshna Chinappa selaku pilihan kedua 7-11, 10-12 and 3-11.

Chinappa akan bertemu pilihan utama, Annie Au Wing Chi pada aksi final esok selepas pemain Hong Kong itu menewaskan seorang lagi pemain negara, iaitu pilihan keempat Low Wee Wern; 11-6, 11-13, 13-11 dan 11-4.

Dalam kategori lelaki, juara remaja dunia sebanyak dua kali, Ng Eain Yow disingkirkan oleh pilihan utama dari India, Saurav Ghosal 2-11, 6-11 dan 4-11.

Ghosal akan menentang pilihan keempat iaitu adik Annie, Leo Au Chun Ming yang melakar kejutan apabila menundukkan rakan sepasukan, Yip Tsz Fung selaku pilihan kedua dengan 11-3, 11-8 dan 11-4.- Bernama

Artikel Berkaitan: