Israel bedil Genting Gaza, dua penduduk Palestin maut

Antara penduduk Palestin yang cedera dalam kejadian protes di sempadan.
Antara penduduk Palestin yang cedera dalam kejadian protes di sempadan.
A
A
A

GENTING GAZA - PALESTIN. Israel melancarkan serangan udara baharu ke atas Genting Gaza dan meragut nyawa dua penduduk Palestin manakala beberapa lagi cedera.

Operasi itu dilancarkan sebagai serangan balas ke atas kira-kira 90 roket yang dibedil dari wilayah Gaza ke Israel pada pagi tadi.

Serangan roket itu adalah respons kepada insiden pembunuhan empat penduduk Palestin dalam serbuan di selatan dan protes antipendudukan di Gaza.

Dalam satu kenyataan, Hamas berikrar untuk menuntut bela di atas kematian penduduk Palestin terbabit dan menegaskan mereka tidak akan berdiam diri terhadap sekatan Israel.

Ketegangan semakin meningkat sejak 30 Mac 2018 selepas penduduk Palestin melancarkan protes Great March of Return yang turut menyaksikan sekurang-kurangnya 268 penduduk Palestin terkorban. - Press TV

Artikel Berkaitan: