Nadia Brian selamat bertunang

Foto Instagram Nadia Brian
Foto Instagram Nadia Brian
A
A
A

PELAKON Nadia Brian selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan lelaki pilihannya, Mu’izz Nasruddin di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor, pada Sabtu.

Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, turut berkongsi beberapa video pendek dan foto istimewa majlis tersebut di laman Insta Storynya sebentar tadi.

Difahamkan majlis pertunangan bintang drama Cinta Tanpa Henti ini berlangsung sederhana dan hanya dihadiri anggota keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Foto Instagram Nadia Brian
Foto Instagram Nadia Brian

Nadia sebelum ini turut mendedahkan bakal melansungkan majlis perkahwinan pada tahun depan atau mungkin diawalkan pada penghujung tahun ini.

Terdahulu sebelum itu, pada Februari lalu, Nadia telah menerima lamaran Mu’izz yang juga seorang ahli perniagaan di Paris, Perancis, berlatarkan pemandangan Menara Eiffel.

Artikel Berkaitan: