Naib Presiden Argentina lawat Menara Berkembar Petronas

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kiri) menyambut kedatangan Naib Presiden Argentina Marta Gabriela Michetti (empat, kiri) sempena Majlis Makan Tengah Hari di Menara Berkembar Petronas hari ini. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Property Holdings Berhad Datuk Hashim Wahir (kiri). - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Argentina Marta Gabriela Michetti yang sedang dalam rangka lawatan rasmi lima ke Malaysia, hari ini dibawa melawat bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas yang tersergam indah di tengah bandaraya.

Ketibaan Michetti bersama delegasinya di pekarangan menara itu pada pukul 11.20 pagi disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Property Holdings Berhad Datuk Hashim Wahir.

Michetti menghabiskan masa kira-kira 40 minit meninjau Sky Bridge yang terletak di tingkat 42, sebelum meneruskan lawatan ke Galeri KLCC serta ‘Observation Deck’ di tingkat ke-86, dan diberi taklimat oleh Hashim mengenai sejarah dan senibina menara berkembar tertinggi di dunia itu.

Beliau kemudiannya menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Malaysian Petroleum Club.

Beliau turut melawat Kompleks Kraf di Jalan Conlay hari ini.

Michetti berada di sini dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia sejak Khamis, dan ini merupakan lawatan rasmi kali pertama dari Argentina dalam tempoh 22 tahun.

Kali terakhir Malaysia dikunjungi lawatan rasmi dari Argentina ialah pada tahun 1990 dan 1997 yang melibatkan kunjungan bekas Presiden negara itu Carlos Menem.

Malaysia dan Argentina menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1967. Pejabat kedutaan Argentina dibuka di Kuala Lumpur pada 1983, manakala Malaysia membuka pejabatnya di di Buenos Aires pada tahun 1989. - Bernama

Artikel Berkaitan: