Kegiatan seludup minyak masak bersubsidi tumpas

Anggota PPM Wilayah 2 menunjukkan tong minyak masak yang dirampas bersama lori berkenaan, semalam.
Anggota PPM Wilayah 2 menunjukkan tong minyak masak yang dirampas bersama lori berkenaan, semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 berjaya mematahkan kegiatan membawa minyak masak bersubsidi tanpa kebenaran yang dipercayai diuruskan sebuah syarikat ke negeri ini, semalam.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kegiatan itu dibongkarkan susulan penahanan sebuah lori penghantaran milik syarikat berkenaan kira-kira jam 7 malam di Endau, Mersing.

Menurutnya, operasi yang dilakukan hasil risikan selama dua minggu itu turut membawa kepada rampasan minyak masak bersubsidi bernilai RM13,500.

"Ketika tangkapan dibuat, PPM Wilayah 2 Mersing dan anggota PPM Wilayah 2 Johor sedang melakukan pemantauan di sekitar Endau sebelum ternampak lori berkenaan melepasi jambatan Endau dan menuju Penyabong.

“Ketika diekori, lori tersebut kemudiannya berhenti di hadapan sebuah pasar mini di jalan Penyabong. Polis kemudiannya meminta pemandu lori yang berusia 53 tahun membuka bahagian belakang lorinya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Paul berkata, pemeriksaan lanjut dalam lori tersebut kemudiannya menemui enam tangki berisi minyak masak yang mana setiap tangki adalah seberat 900 kilogram.

"Soal siasat ke atas pemandu yang juga lelaki tempatan itu mendapati minyak masak itu dibawa dari Kuantan, Pahang untuk dihantar ke Pasir Gudang.

“Berikutan itu, kami menahan pemandu, minyak masak dan lori bernilai RM70,000 bagi membantu siasatan mengikut Akta Bekalan 1961 dan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998,” katanya.

Artikel Berkaitan: