Waktu operasi UTC berubah sepanjang Ramadan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan berubah bersempena bulan Ramadan bermula 5 Mei sehingga 9 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan semua UTC di seluruh negara akan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang pada setiap Isnin hingga Ahad.

“Perubahan waktu operasi berkenaan adalah bagi menjaga kebajikan petugas UTC dalam menunaikan ibadah puasa dan pada masa sama tidak menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat,” kata kenyataan itu.

UTC merupakan pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan swasta bagi memudahkan rakyat berurusan serta mendapatkan perkhidmatan diperlukan.

Sehingga kini, 22 UTC ditubuhkan dan mendapat sambutan tinggi daripada rakyat dengan jumlah transaksi pelanggan yang dicatat sejak penubuhannya adalah 72.3 juta.

Menurutnya waktu rehat dan solat Jumaat bagi UTC di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Melaka, dan Pahang ialah dari pukul 12.15 tengahari sehingga 2.45 petang, manakala waktu rehat dan solat Jumaat bagi UTC di Sabah ialah dari pukul 11.30 pagi sehingga pukul 2.00 petang.

Sementara itu waktu rehat dan solat Jumaat bagi UTC di Sarawak ialah dari pukul 11.45 pagi sehingga pukul 2.15 petang, kata Kementerian Kewangan. - Bernama

Artikel Berkaitan: