Pantau kegiatan 'curi rakam' di pawagam

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Pahang sentiasa melakukan pemantauan di pawagam bagi menangani kegiatan curi rakam tayangan filem.
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Pahang sentiasa melakukan pemantauan di pawagam bagi menangani kegiatan curi rakam tayangan filem.
A
A
A

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang memandang serius kegiatan cetak rompak secara langsung 'live streaming' di media sosial terutamanya berhubung isu pelanggaran hak harta intelek.

Bagi membendung dan menangani kegiatan itu, KPDNHEP Pahang sentiasa mengadakan pemeriksaan berkala di pawagam bagi mengesan penonton yang merakam tayangan filem, sama ada menggunakan telefon bimbit atau alat perakam video.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Pahang, Muhd Suffian Mohd Abass berkata, terbaharu 13 anggota penguat kuasa agensi itu melakukan pemeriksaan di salah sebuah pawagam di sini bagi mengesan kegiatan tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun tiada kesalahan itu dikesan dalam kalangan penonton yang diperiksa.

“Kita ingatkan orang ramai bahawa perbuatan curi rakam tayangan filem tanpa kebenaran merupakan kesalahan di bawah Seksyen 43A, Anti Rakaman Kamera Akta Hakcipta 1987.

“Mereka yang didapati melakukan kesalahan tersebut juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Muhd Suffian berkata, langkah pihaknya itu juga bertujuan untuk mendidik pengguna dan membantu industri perfileman negara.

Menurutnya, sepanjang April lalu, 14 bilik tayangan di seluruh Pahang diperiksa.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun dalam pemeriksaan itu tiada tangkapan atau perbuatan 'curi rakam' dikesan,” katanya.