Manfaatkan Pusat Khidmat DUN Beserah

Pusat Komuniti DUN Beserah bukti komitmen PH khususnya PKR untuk memberikan berkhidmat terbaik kepada rakyat.
Pusat Komuniti DUN Beserah bukti komitmen PH khususnya PKR untuk memberikan berkhidmat terbaik kepada rakyat.
A
A
A

KUANTAN - Penubuhan Pusat Khidmat DUN Beserah menjadi bukti terhadap komitmen Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR untuk memberikan berkhidmat terbaik kepada rakyat di kawasan itu walaupun DUN tersebut diwakili Pas.

Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Lee Chean Chung berkata, pusat itu memainkan peranan sebagai pusat khidmat dalam membantu masyarakat setempat menyampaikan permasalahan dan aduan mereka untuk dirujuk serta dipertimbangkan pihak yang berkaitan.

Menurutnya, pusat itu juga berperanan sebagai pusat komuniti untuk program-program kemasyarakatan untuk masyarakat setempat.

“Sudah tentu ia juga akan menjadi pusat aktiviti parti untuk memantapkan gerak kerja serta menjayakan pelbagai program yang diatur.

Dr Wan Azizah ketika merasmikan Pusat Komuniti DUN Beserah di sini, 13 April lalu.
Dr Wan Azizah ketika merasmikan Pusat Komuniti DUN Beserah di sini, 13 April lalu.

“Semua ketua-ketua ranting PKR di DUN Beserah telah menubuhkan jawatankuasa bersama untuk menguruskan pusat ini,” katanya semalam.

Pusat Khidmat DUN Beserah yang beroperasi di Taman PSJ, Sungai Karang Darat di sini, dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 13 April lalu.

Chean Chung berkata, pusat itu yang kini sudah beroperasi dikendalikan seorang penyelia yang bertanggungjawab mengurusnya.

Artikel Berkaitan: