Pekerja restoran piza dibelasah gara-gara dedah plot Avengers: Endgame

Filem Avengers: Endgame mencetuskan fenomena di seluruh dunia
Filem Avengers: Endgame mencetuskan fenomena di seluruh dunia
A
A
A

AUSTIN - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki di Texas dibelasah rakan sekerjanya gara-gara mendedahkan plot filem Avengers: Endgame.

Polis berkata kejadian berlaku di sebuah restoran piza di Houstan pada Ahad lalu.

Susulan itu, polis bertindak menahan Justin Surface, 33.

Filem terbaharu Marvel Studios itu mula ditayangkan secara serentak di seluruh pawagam di Amerika Syarikat bermula Jumaat lalu.

Baru-baru ini seorang lelaki di Hong Kong dibelasah sekumpulan kaki wayang yang sedang beratur membeli tiket, selepas bertindak mendedahkan plot filem berkenaan secara terbuka kepada orang ramai.

Filem Avengers: Endgame adalah kesinambungan kepada filem Avengers: Infinity War dan merupakan kemuncak kepada 21 buah filem keluaran Marvel Studios dalam tempoh 11 tahun.

Pengarah filem itu, Anthony dan Joe Russo menerusi laman Twitter meminta orang ramai supaya tidak mendedahkan plot Avengers: Endgame kepada peminat filem yang belum menontonnya. – Agensi

Artikel Berkaitan: