Raja Thailand beri pengampunan kepada banduan

Raja Maha Vajiralongkorn menaiki takhta pemerintahan sejurus selepas kemangkatan ayahandanya pada 2016. Foto: AFP
Raja Maha Vajiralongkorn menaiki takhta pemerintahan sejurus selepas kemangkatan ayahandanya pada 2016. Foto: AFP
A
A
A

BANGKOK - Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn memberi pengampunan dan meringankan hukuman bagi banduan-banduan tertentu sempena pertabalan baginda esok.

Dekre diraja berhubung pengampunan diraja telah diterbitkan di Royal Gazette hari ini. Ia berkuatkuasa esok.

Akhbar Bangkok Post melaporkan bahawa banduan tersebut termasuk banduan yang menunggu untuk menjalani hukuman mati serta serta pesalah yang diletakkan dalam probation.

"Ini adalah peluang bagi banduan untuk menjadi warga negara yang baik," kata harian berbahasa Inggeris itu.

Ia berkata mereka yang diberi pengampunan termasuk banduan yang dikurung, pesalah yang melakukan khidmat awam dan bukan denda, mereka dalam tempoh probation, banduan yang mempunyai tempoh setahun atau kurang sebelum selesai menjalani hukuman, atau banduan yang mengalami kecacatan dan penyakit yang serius, seperti kanser dan AIDS.

"Banduan yang dijatuhi hukuman mati akan menjalani hukuman penjara seumur hidup," katanya.

Pihak berkuasa berkaitan belum mengumumkan bilangan banduan yang mendapat manfaat daripada pengampunan diraja kerana ia bergantung pada setiap penjara.

Raja Vajiralongkorn secara rasmi akan ditabalkan sebagai raja ke-10 dinasti Chakri esok selepas menaiki takhta berikutan kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 2016.- Bernama

Artikel Berkaitan: