Reda suami itu kunci syurga buat isteri: Natasha Hudson

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Natasha Liana Hudson, 36, atau lebih dikenali Natasha Hudson dalam kemas kini terbaharu di Instagram, memberitahu kepada umum, kunci syurga sang isteri terletak pada suami.

"Reda ALLAH kepada seorang isteri terletak bagaimana reda suami terhadap isterinya.

"Terima kasih suami ku kerana bersabar dan menjadi yang terbaik dalam mendepani halangan yang dilalui.

"Selalulah membina kebahagiaan dalam susah dan senang. Semoga sampai jannah insya-ALLAH, doakan selalu," ungkapnya pada gambar sang suami.

No Image Caption

Mengakhiri perkongsian itu, Natasha juga berpesan supaya orang ramai lebih banyak mendoakan kebaikan kepada seseorang daripada bercakap banyak yang tidak mendatangkan faedah.

"Yang suka cakap banyak, tukarkan dengan doa buat orang lain. Baik sikit," katanya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Natasha telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor sekitar awal Disember tahun lalu.

Majlis pernikahan diadakan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian itu hanya dihadiri keluarga rapat sahaja.

Oktober tahun lalu, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012. Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.