X

Kindly register in order to view this article
!

Influenza B: Sekolah di Sepang diarah tidak anjur perhimpunan

Amin Senin
A
A

SEPANG - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang mengarahkan supaya tiada aktiviti perhimpunan dilakukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pantai Sepang Putra dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin berkata, langkah tersebut adalah susulan daripada laporan di mana 18 murid di sekolah berkenaan telah dijangkiti Influenza B.

Beliau berkata, KPM turut meminta ibu bapa atau penjaga untuk memberi laporan segera kepada pihak sekolah jika murid di bawah jagaan mereka terkena wabak tersebut.

"KPM turut menggalakkan murid-murid di sekolah berkenaan, terutamanya yang mengalami masalah kesihatan seperti selesema dan batuk agar memakai penutup hidung dan mulut agar tidak berjangkit dengan murid-murid lain," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Amin berkata PPD Sepang dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor juga telah diminta untuk memantau kes ini dan membantu mangsa terlibat dalam aspek kebajikan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.

Buat masa ini, beliau berkata tiada keperluan untuk menutup mana-mana sekolah dan KPM turut memberi jaminan akan memantau perkembangan kes tersebut demi kebajikan murid serta guru.

"KPM akan terus memantau kes-kes jangkitan Influenza yang membabitkan murid dan semua sekolah di seluruh negara juga telah diminta supaya mengikut arahan dan syor dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan," katanya.

Disyorkan artikel ini:

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!