Hanya 67 peratus puas hati: Mustapa

Mustapa ketika sesi dialog yang diadakan di Shah Alam Convention Centre pagi tadi.
Mustapa ketika sesi dialog yang diadakan di Shah Alam Convention Centre pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Hanya 67 peratus penjawat awam yang berpuas hati hubungan antara mereka dengan kepimpinan politik sepanjang PH mentadbir Selangor.

Bancian tersebut diperoleh pada Dialogue@Shah Alam yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre pagi tadi bersama bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata, perkara itu masih boleh diperbaiki menerusi komunikasi dua hala antara kedua-dua pihak.

“Kita lihat 67 peratus berpuas hati antara hubungan ahli politik dengan penjawat awam. Walaupun ada 33 peratus yang tidak berpuas hati, ia boleh diperbaiki.

“Sebab itu perlunya persyarikatan Malaysia supaya kita bekerja sebagai satu pasukan, pegawai kerajaan adalah pelaksana dasar dan mereka perlu bekerja dengan penuh komitmen dan sepenuh hati tanpa sebarang pertikaian berkenaan kesetiaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Dialogue@Shah Alam di sini hari ini.

Katanya, dalam masa sama negeri lain boleh menjadikan Selangor sebagai contoh kerana penjawat awam perlu memahami dasar kerajaan sebelum melaksanakannya.

"Sudah pasti penjawat awam harus meyokong kerajaan hari ini yang dipilih rakyat, itu prinsipnya, bekerja dengan kerajaan tanpa ada fahaman politik, berdasarkan perlembagaan negara kita.

Artikel Berkaitan:

"Setiap perkara memerlukan komunikasi supaya kedua pihak dapat memahami dan ini saya katakan berdasarkan pengalaman sebagai pegawai kerajaan dan ahli politik, saya memahami apa yang perlu dilakukan serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Sesi Dialogue@Shah Alam itu dihadiri seramai 400 peserta terdiri daripada penjawat awam pelbagai peringkat.