FAS, UiTM jalin kerjasama

Majlis menandatangani MoU disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohammad Said dan Setiausahan Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon sambil disaksikan oleh Tengku Amir serta Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

A
A
A

RAJA Muda Selangor yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah berbesar hati dan optimis dengan kerjasama yang dimeterai antara FAS dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam perkongsian kepakaran dari aspek pembangunan bola sepak berdasarkan sains sukan.

MoU berkenaan, menurut Tengku Amir adalah pendekatan menerusi pembangunan sains sukan yang menjadi salah satu daripada 23 inisiatif yang telah dikenal pasti dalam visi merevolusikan FAS dan pasukan Selangor.

Menurutnya, kerjasama itu juga bakal menguntungkan kedua-dua pihak di mana FAS bakal menikmati peningkatan prestasi pemain sementara UiTM pula dapat menyalurkan kepakaran sains sukan selain ruang pendedahan di dalam industri kepada pelajarnya.

"Antara beberapa aspek terlibat yang telah dikenalpasti penting dalam pembangunan sukan pemain bola sepak termasuklah aspek fizikal, rehabilitasi, nutrisi, analisis prestasi serta psikologi sukan.

"Kerjasama berterusan dalam aspek berkenaan akan memberikan asas lebih kukuh kepada pemain seerusnya membolehkan pasukan Selangor untuk lebih kompetitif.

"Saya optimis dengan prospek kerjasama ini dan percaya ia salah satu langkah penting dalam merealisasikan misi dan visi saya menjadikan pasukan Selangor sebuah pasukan bola sepak yang digeruni dalam negara dan rantau ini," titahnya ketika ucapan pembukaan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UiTM dan FAS, hari ini.

Majlis menandatangani MoU disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohammad Said dan Setiausahan Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon sambil disaksikan oleh Tengku Amir serta Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Sementara itu, Dr Hassan berkata, kerjasama strategik antara persatuan sukan dan universiti seperti ini adalah amalan biasa dilakukan di luar negara dalam usaha meningkatkan kualiti pembangunan sukan menerusi perkongsian kepakaran sedia ada.

Artikel Berkaitan:

"Saya percaya dengan kepimpinan Tengku Amir, FAS dan pasukan Selangor akan mencapai kejayaan ke satu peringkat lebih tinggi.

"Menerusi kolaborasi bersama FAS, sudah pasti saya mahu melihat kepakaran yang ada di universiti memainkan peranan penting sebagai instrumen utama yang membantu kualiti sukan khususnya bola sepak negara.

"Lebih-lebih lagi, kerjasama seperti ini akan mengukuhkan lagi teori pembangunan sukan sedia ada terutama dari aspek teknologi dan sains sukan," katanya.