Pelakon watak Chewbacca meninggal dunia

 Peter Mayhew
Peter Mayhew
A
A
A

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Pelakon Peter Mayhew, yang menawan hati peminat seluruh dunia selaku Chewbacca dalam filem blokbuster Star Wars meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Menurut kenyataan ahli keluarga yang dimuat naik di laman Twitter pelakon tersebut, Mayhew meninggal dunia Selasa lalu di rumahnya di Texas.

"Dia mencurahkan segala-galanya untuk memainkan watak Chewbacca, baginya keluarga Star Wars adalah lebih daripada sekadar watak dalam filem," kata kenyataan itu.

Aktor kelahiran Britain itu pernah bekerja sebagai atendan hospital sebelum bakatnya ditemui penerbit filem, Charles Schneer.

Mula berlakon dalam filem Sinbad and the Eye of the Tiger, Mayhem kemudian mendapat perhatian setelah memegang watak rakan baik Han Solo (Harrison Ford) dalam filem asal Star Wars yang disiarkan pada 1977. - AFP

Artikel Berkaitan: