Awas peniaga bazar Ramadan Perak

Sivanesan (duduk dari kanan) ketika membuat lawatan ke Klinik Kesihatan Buntong hari ini.
Sivanesan (duduk dari kanan) ketika membuat lawatan ke Klinik Kesihatan Buntong hari ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak bersama Jabatan Kesihatan negeri akan melakukan pemeriksaan mengejut di seluruh Bazar Ramadan secara berkala bermula minggu hadapan di negeri ini.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A Sivanesan berkata, pemeriksaan itu turut mengambil sampel makanan di bazar Ramadan yang dilawati bertujuan memastikan makanan dijual bersih dan tidak tercemar.

"Perkara yang kita akan ambil perhatian adalah makanan yang dijual mestilah berkhasiat dan bersih. Sampel mengejut juga akan kita ambil dari gerai yang disyaki ada pencemaran dan dihantar ke makmal untuk analisis.

"Tindakan ini penting bagi menjaga keselamatan orang awam kerana ramai yang akan membeli di bazar Ramadan," katanya selepas mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Buntong di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak turut akan memeriksa bazar Ramadan seluruh Perak.

"Saya sendiri akan turun bersama-sama pegawai berkaitan ke bazar-bazar Ramadan ini untuk memeriksa dan kalau boleh kita akan buat hari-hari.

"Tindakan akan diambil dan peniaga perlu ambil perhatian serius tentang perkara ini jangan naikkan sesuka hati," katanya.

Sivanesan berkata, pemeriksaan KPDNHEP itu akan melihat dari sudut peletakan harga dan label makanan yang dijual.

Artikel Berkaitan: