X

Kindly register in order to view this article
!

Ligamen kaki saya putus: Hairul Azreen

A
A

PELAKON, Hairul Azreen memberitahu ligament pada anggota kaki kanannya putus ketika menjalani penggambaran filem Wira.

Hairul, 31, berkongsi khabar duka itu menerusi akaun Twitter miliknya, sekitar jam 5.56 pagi, Jumaat, hari ini.

“Ligamen kaki saya putus masa buat stunt terjun dari tingkat 2, filem WIRA,” luahnya.

Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen pelakon tersebut, rata-rata peminat dan pelayar Twitter mendoakan agar bintang filem itu cepat sembuh.

Manakala menurut komen seorang pengguna media sosial berkenaan turut memberi nasihat.

“Berhati-hatilah semasa berlakon tu,” katanya.

Mengenai filem Wira berunsur aksi arahan pengarah filem Paskal, Adrian Teh, selain Hairul selaku terani utama, antara barisan lain dibarisi oleh pelakon hebat seperti Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!