Wanita UMNO sokong Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO menyokong usaha Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menganjurkan Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam secara besar-besaran di ibu negara Sabtu ini.

Ketua Wanitanya, Datuk Dr Noraini Ahmad, menyeru seluruh rakyat Malaysia turun beramai-ramai menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam 405 dan pergerakan itu akan mengerah seramai mungkin ahli untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Realiti politik pada masa ini jelas menunjukkan bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan PH hari ini," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, perhimpunan itu adalah satu mesej jelas kepada pihak yang cuba menggugat kepentingan agama Islam dan hak Melayu atau Bumiputera.

"Kita akan terus menyatakan pendirian supaya kesucian Islam dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan tidak dicabar termasuklah tindakan kerajaan PH yang mahu meratifikasi Statut Rom.

"Selain itu, isu kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan pelbagai isu lain lagi yang mencabar Islam dan bangsa Melayu," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: