Selamat maju jaya kepada yang tinggalkan Umno

Annuar
Annuar
A
A
A

KUALA LUMPU R- Umno sah menerima surat makluman keluar parti enam ahli Parlimennya, pagi tadi.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya mengucapkan selamat maju jaya kepada enam ahli Parlimen tersebut.

“Saya sahkan pagi ini pejabat saya menerima suatu pemakluman bersama daripada enam ahli Parlimen Umno untuk keluar parti berkuat kuasa hari ini, 14 Disember 2018.

“Umno mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” katanya lapor FMT News, hari ini

Enam ahli Parlimen tersebut ialah ADatuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Artikel Berkaitan: