Blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai selamat

Ahmad Fairuz (tengah) memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai selamat diduduki.
Ahmad Fairuz (tengah) memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai selamat diduduki.
A
A
A

AMPANG - Keputusan hasil siasatan berhubung kes keretakan di blok F Taman Keramat Permai mendapati bangunan tersebut selamat untuk diduduki.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat teknikal bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan perunding yang telah dilantik oleh PKNS.

"Mesyuarat tersebut turut membentangkan penilian dan pemantauan daripada PKNS melalui perundingnya.

"Hasil daripada pengumpulan data dan penilaian sejak Sabtu hingga Rabu lalu, kita mendapati struktur bangunan blok F pangsapuri ini selamat, tidak condong, tiada pergerakan bangunan telah direkodkan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ahmad Fairuz berkata, 37 keluarga yang melibatkan 222 orang di tempatkan di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat akan dibenarkan pulang esok.

"Penduduk dibenarkan pulang pada jam 8 pagi, pusat pemindahan itu akan ditutup pada jam 2 petang," katanya.

Menurutnya kontraktor yang dilantik PKNS telah melaksanakan kerja baik pulih telah dijalankan pada 1 Mei.

"Kerja baik pulih itu dijangka siap dalam tempoh sebulan. MPAJ akan memantau kerja baik pulih itu," katanya.

Artikel Berkaitan: