Agenda pembaharuan Dewan Rakyat lancar selepas PRU14

Mohamad Ariff (tengah) menerima buku daripada Zulkifli (kanan) sambil diiringi Syed Arabi pada Majlis Perasmian Seminar Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sempena setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Mohamad Ariff (tengah) menerima buku daripada Zulkifli (kanan) sambil diiringi Syed Arabi pada Majlis Perasmian Seminar Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sempena setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
A
A
A

GOMBAK - Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menyifatkan cabaran melaksanakan agenda pembaharuan di Parlimen dapat diatasi dalam tempoh setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, perkara utama ialah pembentukan enam Jawatankuasa Pilihan Khas melibatkan Ahli Parlimen kerajaan dan blok pembangkang.

Penubuhan jawatankuasa khas itu dilakukan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 76(2) di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bertujuan memperkukuhkan fungsi institusi Parlimen yang lebih telus dan mencerminkan kehendak rakyat.

Ia terdiri daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang, Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet, Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri serta Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender.

"Lima daripada enam jawatankuasa khas ini bergerak sejak Januari lalu.

"Menerusi penubuhan jawatankuasa ini, semua pihak berkepentingan melakukan pemantauan terhadap dasar dan aliran kewangan bagi kementerian tertentu termasuk mempunyai kuasa melakukan dokumentasi," katanya pada Majlis Perasmian Seminar Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sempena setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Prof Madya Dr Zulkifli Hasan dan Dekan Electoral Studies Research Unit UIAM, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.

Tambah beliau, Dewan Rakyat juga merancang menubuhkan jawatankuasa merangkumi bidang kritikal seperti persekitaran, hal ehwal antarabangsa dan hak asasi manusia.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Ariff juga berkata, Dewan Rakyat yang mempengerusikan PRU14 mempunyai misi tersendiri untuk menjadi pusat mesra rakyat dengan membuka pintu kepada orang ramai untuk melibatkan diri dalam sesi wacana.

Dalam pada itu, beliau berharap Parlimen Malaysia akan mencapai tahap institusi perundangan yang matang mengikut penanda aras antarabangsa yang dicadangkan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA).