Sesat lebih 12 jam

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki terpaksa bermalam di dalam hutan Gunung Berembun, Jalan Pantai di sini selepas sesat lebih 12 jam ketika melakukan aktiviti mendaki bersama bapanya semalam.

Mangsa, Fan Yeong Fatt, 35, dari Port Dickson memulakan aktiviti mendaki pada jam 8 pagi sebelum sesat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Idris berkata, bapa mangsa menghubungi bomba jam 8.40 malam selepas anaknya didapati tidak turun dari gunung itu.

"Kita sampai di lokasi 20 minit kemudian. Bapa mangsa beritahu pada mulanya mereka daki bersama, tapi dia buat keputusan untuk turun.

"Mangsa pula teruskan pendakian seorang diri. Tapi sehingga malam, mangsa masih belum turun dan gagal dihubungi," katanya.

Menurutnya, bomba memulakan operasi pencarian mangsa jam 10 malam menerusi pembahagian dua pasukan membabitkan 20 pegawai dan anggota termasuk dari Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (Storm).

"Operasi terpaksa dihentikan jam 5 pagi apabila mangsa gagal dikesan termasuk di lokasi terakhir dia dilihat iaitu di Telapak Buruk.

"Semasa kita sedang buat persiapan untuk menyambung semula operasi mencari dan menyelamat pagi tadi, mangsa dilihat turun sendiri. Dia tidak cedera, tapi kelihatan letih kerana semalaman di dalam hutan," katanya.

Artikel Berkaitan: