Pelajar tahfiz hilang ditemui

Umair Fayed dan rakan ditemui di Kuala Lumpur pagi tadi.
Umair Fayed dan rakan ditemui di Kuala Lumpur pagi tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Dua daripada tiga pelajar tahfiz di Repah, Tampin yang hilang minggu lalu ditemui di Kuala Lumpur, awal pagi, hari ini.

Bapa kepada Umair Fayed, 13, Mahadhir Mat Lazim, 43, berkata, anaknya ditemui di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Jinjang lebih kurang jam 1 pagi tadi.

Katanya, anak keempat daripada enam beradik itu dibawa pulang ke Taman Tasik Kesuma, Selangor dan laporan polis sudah dibuat untuk makluman polis.

"Saya bersyukur dengan penemuan ini dan berharap kejadian seperti ini tidak lagi berulang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu media, melaporkan tiga pelajar Tahfiz Al- Quran Darussyira, Tampin hilang dipercayai melarikan diri dari pusat pengajian sejak 24 April lalu. Kehilangan pelajar itu disedari apabila mereka tidak hadir solat Subuh berjemaah.

Tiga pelajar itu difahamkan mahu mencari kerja di Kuala Lumpur dan turut takut didenda kerana menggunakan telefon bimbit di asrama pengajian.

Artikel Berkaitan: