Ramai tinggalkan Umno, Zahid luah perasaan

Zahid
Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan suasana mutakhir yang melanda parti hari ini merupakan harga yang mereka terpaksa bayar.

Beliau menasihatkan ahli-ahli parti agar tidak panik berdepan perubahan itu.

“Ahli-ahli Umno tidak perlu panik. Ini mungkin harga yang terpaksa kita bayar, apabila kita ingin kembali kepada perjuangan Umno yang sebenarnya untuk martabatkan agama dan bangsa.

“Biarpun terdapat yang tinggalkan Umno, kita percaya ianya tidak menjejaskan dukungan akar umbi. Ini bersifat sementara,” katanya melalui Twitter, hari ini.

Umno dikejutkan dengan enam lagi ahli Parlimennya mengumumkan keluar parti termasuk bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Lima lagi ahli Parlimen yang mengumumkan keluar parti hari ini ialah Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).

Artikel Berkaitan: