Logo baharu perkukuh jenama CBP

Mohd Redzuan (dua dari kanan) menyerahkan buku akaun kepada pelanggan terawal CBP diiringi Kamari Zaman (kanan) pada majlis pelancaran logo baharu dan perkhidmatan Bank Bergerak CBP di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mohd Redzuan (dua dari kanan) menyerahkan buku akaun kepada pelanggan terawal CBP diiringi Kamari Zaman (kanan) pada majlis pelancaran logo baharu dan perkhidmatan Bank Bergerak CBP di Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A
A
CO-OP Bank Pertama Berhad (CBP) melancarkan logo baharu melalui penjenamaan semula dan penukaran nama kepada Co-opbank Pertama sejak September 2018.

Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari berkata, penjenamaan semula dan penukaran logo baharu itu mampu memperkukuh dan membentuk identiti syarikat sebagai bank koperasi syariah yang terunggul di Malaysia.

"Pada hari ini (semalam) CBP turut melancarkan Perkhidmatan Bank Bergerak CBP sebagai sebahagian inisiatif meningkatkan capaian aktiviti perbankan kepada pelanggan CBP terutama di kawasan yang berjauhan dari cawangan sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran logo baharu dan perkhidmatan Bank Bergerak CBP di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pelancaran itu disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radi.

Menurut Kamari, menerusi perkhidmatan bank bergerak, pelanggan dapat melakukan asas perbankan transaksi seperti penambahan, pengeluaran deposit dan pemindahan dana tanpa perlu ke cabang.

"Sebanyak dua buah bank bergerak disediakan dan akan memulakan operasinya di Bangi, Selangor dan Johor pada awal Mei ini.

"CBP juga akan melancarkan kemudahan ejen perbankan bagi mempelbagaikan saluran capaian kemudahan perbankan kepada pelanggan pada suku keempat tahun ini," katanya.
Artikel Berkaitan:


Sementara itu, CBP menyasarkan keuntungan sebanyak RM83 juta menjelang akhir tahun disokong oleh sumbangan dari skim pembiayaan yang ditawarkan.

CBP kini menawarkan pelbagai produk pembiayaan, Ar-Rahnu, deposit, syer keanggotaan serta Takaful dan wasiat kepada individu, koperasi, korporat, agensi kerajaan dan swasta.