Pa&Ma tawar ruang niaga di ekspo bayi


Pa&Ma Baby Fiesta 2019 akan berlangsung selama tiga hari bermula 2 Ogos 2019 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor.
Pa&Ma Baby Fiesta 2019 akan berlangsung selama tiga hari bermula 2 Ogos 2019 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor.
A
A
A
JENAMA Pa&Ma yang bermula dengan penerbitan majalah disusuli rancangan televisyen di Astro Prima kini melebarkan sayap bisnes apabila bakal menganjurkan ekspo bayi.

Pa&Ma dalan satu kenyataan berkata, penganjuran Pa&Ma Baby Fiesta 2019 akan berlangsung selama tiga hari bermula 2 Ogos 2019 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor.

"Berbeza dengan penganjuran ekspo lain, selain menawarkan pelbagai produk jualan keperluan bayi dan ibu, fiesta ini turut dimeriahkan dengan aktiviti menarik dan bermanfaat buat ibu bapa dan anak-anak kecil.

"Ini merupakan ekspo yang berbeza sentuhannya kerana turut menerapkan elemen gaya hidup seimbang untuk para ibu yang bakal melahirkan anak.

"Fiesta yang sarat dengan informasi di samping keseronokan membeli-belah menerusi tawaran diskaun sehingga 90 peratus, hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan RM18,000, tawaran harga RM1 dan banyak lagi menjanjikan kepuasan sebenar buat para pengunjung," kata Pa&Ma dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Jelasnya, dengan 14 juta pengikut di media sosial dan digital menerusi 15 IP Nu Ideaktiv dianggarkan lebih 100,000 pengunjung bakal mengunjungi ekspo itu. "Pa&Ma sendiri merupakan jenama diyakini dalam kalangan pembaca, pengamal perubatan, syarikat penawaran servis dan pengeluar produk berkaitan dengan tiga juta pelayar portal Pa&Ma dan 1.3 juta pengikut di Facebook.

Penganjur kini menawarkan ruang perniagaan kepada para pengusaha atau pengeluar produk bayi, kanak-kanak dan ibu untuk menempah gerai jualan di fiesta.

Tawaran diskaun 10 peratus diberikan menerusi pendaftaran awal sehingga 25 Jun ini. Pengusaha boleh memilih tiga kategori ruang niaga iaitu Gold, Silver dan Bronze.

Mereka yang berminat, bolh hubungi talian 019-675 3057 atau ke Facebook Pa&Ma Baby Fiesta.
Artikel Berkaitan: