X

Kindly register in order to view this article
!

Keputusan laporan keretakan blok F hari ini

Abd Hamid Hussain
A
A

AMPANG – Keputusan laporan siasatan berhubung insiden keretakan di blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai dijangka akan diketahui hari ini.

Ketua Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata, laporan kajian itu dilakukan Insitut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dan perunding profesional.

“Keputusan akan diketahui hari ini,” katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp, semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, pihaknya dimaklumkan siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian.

“Kita menjangkakan keputusan akan dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui pihak perunding yang telah dilantik,” katanya.

Abd Hamid berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan agensi berkaitan selepas keputusan diperoleh.

“Mangsa yang terlibat masih ditempatkan di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pasukan Tindakan Segera (Pantas) Negeri Selangor menguruskan makanan dan keselesaan mangsa,” katanya.

Dalam kenyataan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan Ikram dan pihak perunding profesional masih meneruskan siasatan di pangsapuri itu sehingga semalam.

Agensi berkenaan telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian sejak Sabtu lalu, sebelum mengemukakan laporan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut.

Seramai 222 penghuni bangunan empat tingkat Blok F di Flat Taman Keramat Permai, pada Jumaat lalu, diarahkan berpindah susulan keretakan di dinding kediaman berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!