Semua bangunan milik kerajaan perlu ada FC

Zuraida ketika membuat lawatan kerja ke kilang plastik Intraco See Hau Global Sdn Bhd di Ulu Tiram.
Zuraida ketika membuat lawatan kerja ke kilang plastik Intraco See Hau Global Sdn Bhd di Ulu Tiram.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Kerajaan akan menguatkuasakan sijil perakuan bomba (FC) keatas kesemua bangunan milik kerajaan bermula Januari depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, ia bagi memastikan tahap keselamatan bangunan tersebut.

Menurutnya, pada masa kini, terdapat bangunan kerajaan yang tidak memohon FC.

"Kertas kerja berhubung perkara itu sudah disiapkan dan akan dibentangkan di kabinet tidak lama lagi.

"Saya jangka dalam Januari 2019, setiap bangunan kerajaan diwajibkan untuk mendapat FC," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Hospital Pulau Pinang yang turut tidak mempunyai FC.

No Image Caption



Terdahulu, Zuraida mengadakan lawatan kerja ke kilang plastik Intraco See Hau Global Sdn Bhd di Ulu Tiram, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, penguatkuasaan itu akan turut melibatkan kesemua bangunan kerajaan sama ada yang lama mahupun baharu.

Artikel Berkaitan:


"Pada masa kini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuat pemeriksaan ke atas semua bangunan kerajaan.

"Kita akan memberi tempoh kepada mereka untuk membuat persediaan mendapatkan FC.

"Untuk bangunan milik pihak swasta pula kebiasaannya telah dilaksanakan (miliki FC)," katanya.