Raja Perlis berangkat ziarah pusara Abu Hassan Din

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi pusara Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Gombak.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi pusara Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Gombak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi pusara Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Gombak.

Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Baginda tiba kira-kira 6.35 petang dan berada di pusara Allahyarham selama 20 minit sebelum berangkat pulang selepas mengaminkan doa yang diketuai oleh penceramah bebas, Nabil Ahmad.

Allahyarham Abu Hassan, adalah bekas imam besar Masjid Negara dan pernah menjadi Penasihat Agama kepada beberapa Yang di-Pertuan Agong termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Sultan Mizan Zainal Abidin.

Isteri Allahyarham Hassan Din, Rosbi Shabudin berkesempatan menceritakan kepada baginda kejadian Allahyarham yang rebah selepas menunaikan solat subuh awal pagi tadi di kediamannya di Kampung Batu Muda, Sentul. Allahyarham Abu Hassan, 73, disahkan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi selepas rebah dan tidak sedarkan diri.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira 6.10 petang tadi selepas disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah yang diimamkan oleh anak lelakinya Mohamad Yusri. -Bernama

Artikel Berkaitan: